Kepada pengunjung dan pengguna Shoutbox Lingkudau Dot Net.

 

Sila baca perundangan dibawah sebelum membuat sebarang komen yang boleh menyakitkan hati seseorang. Pengandali Lingkudau Dot Net akan menggunakan peraturan dibawah ini selepas disokong dalam mesyuarat 30 Januari 2010 jam 2 petang di Dewan Hashim Kg Lingkudau Ranau

 

Klik untuk ke Shoutbox  

Jika anda klik link diatas ini, maka anda bersetuju dan sedia mematuhi peraturan dibawah ini

 

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Akta 233 (1) (a) (ii) dan  Akta 233 (1) (b) menyebut mana-mana  orang yang menggunakan perkhidmatan internet, samada mengeluarkan perkataan lucah, ugutan, fitnah dan berniat memalukan seseorang ataupun dengan niat menyakitkan hati seseorang, samada si pelaku mendedahkan identiti diri ataupun tidak adalah melakukan kesalahan.

Pesalah boleh dikenakan hukuman menggunakan  Akta 233 (3) jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, serta boleh didenda satu ribu ringgit setiap hari bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Peraturan tertulis diatas adalah  Undang-Undang Malaysia Akta 588, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 pindaan 1 Januari 2006

Download undang-undang ini di http://www.ktak.gov.my/bm/system/uploaded/files/Komunikasi%20dan%20Multimedia%201998%20-%20Akta%20588.pdf

 

 

 

 

.