Unit Informasi Aktiviti Seismologi
PUSKAL-Sabah
KE HOME SEISMOLOGI / MUKA DEPAN
Laporan ini untuk penelitian pihak seismologi
|
Responden 1 Masa laporan diterima : 2:27 am, 7 Feb 2010 Nama : Absan Serumin Lokasi pemanggil : Kg Marakau, 14km dari epicenter Laporan: Tidak rasa sebarang gegaran, kecuali kedengaran atap zink berbunyi seakan seekor kucing melompat ke atas zink. Waktu kejadian beliau sedang berada di katil bermain game internet. |
|
Responden 2 Masa laporan diterima : 2:35am, 7 feb 2010 Nama : Lukman Hasan Lokasi pemanggil: Kg Lingkudau ranau, 15km dari epicentre Laporan: Tidak rasa sebarang gegaran kecuali bunyi “dum”, dan menyangka ada kucing mencuri makanan didapur. Waktu kejadian beliau sedang duduk di sofa menonton tv. |
|
Respon umum, 16 Feb 2010 Laporan daripada penghuni Flet Guru di SMK Agama Ranau, iaitu kira-kira 6 kem dari lokasi gempa menyatakan mereka terasa gegaran tersebut dan agak menakutkan. Bangunan flet ialah setinggi 4 tingkat dan tidak hairan mereka terasa kerana keududkan yang hamper dengan pusat gempa serta bangunan “tinggi”. |
|
Laporan dan panggilan telefon serta sms selepas jam 7 pagi tidak diambil kira kerana rata-rata pemanggil ingin kepastian sahaja. |