Gempa bumi lemah di Ranau pada 7 Februari 2010

 

Gempabumi lemah dengan kekuatan 3.4 richter dikesan berlaku di lokasi 6.0 utara dan 116.8 timur pada awal pagi 7 Februari 2010 jam 2:07 pagi.

 

Gegaran katagori lemah ini tidak dirasai  oleh kebanyakan orang dan hanya dua orang yang menghubungi PUSKAL selepas kejadian tersebut. Sehingga jam 6 petang 7 Feb 2010, tiada sebarang kerosakan dilaporkan.

 

 

Pihak Jabatan Kajicuaca di Kelana Jaya dalam kenyataan sekitar jam 4 pagi, 7 Feb 2010 menyebut “lokasi 6.1 Utara dan kekuatan adalah 2.7 richter”. Walaubagaimanapun setelah data terkini dianalisis semula, maka lokasi dan kekuatan terkini dikeluarkan semula. Walaubagaimanapun kebanyakan media melaporkan kenyataan pertama oleh Jabatan Kajicuaca.