Klik ke muka depan Lingkudau dot net atau Astronomi

Bimasakti dengan Kancil

Setahu saya gambar di atas ni   belum  pernah   dirakamkan oleh mana-mana pihak dalam katagori  amatur di Sabah. Ahli PUSKAL-Sabah yang menyertai pencerapan masa itu pun  begitu hairan akan kemampuan kamera yang digunakan dan boleh dikatakan mereka juga rata-ratanya tidak pernah melihat gambar sebigitu.

 

Tahukah anda sebenarnya langit malam memaparkan suatu keindahan yag begitu menakjubkan, ianya diserikan dengan kehadiran berbilion butir bintang yang amat cantik sehinggakan jika ianya dilihat di kawasan yang sesuai, akan kelihatan  sebagai awan putih di langit. Walaupun mungkin kebanyakan orang telah pernah melihat jaluran bintang ni, tetapi mereka menyangkannya ianya adalah terletak di bumi dan hanya merupakan awan biasa.

 

GAMBAR KIRI: Ni gambar kan telah diambil oleh Encik Ahmad Mahir bin Shamsuddin, pelatih perubatan dari Universiti Malaysia Sabah kira-kira 1 pagi, 27 Jun 2009. Lokasi pencerapan ialah lebuhraya Sipitang Beaufort  kira-kira 20 km dari Sipitang Sabah. Apa jenama kamera DSLR nya tu saya lupa sudah tapi kalau tak silap saya macam panasonic ja. Bintang yang lebih cerah kelihatan agak panjang disebabkan dedahan yang digunakan adalah selama dua minit 30 saat.

 

 

   

 

KIRI:  Ahmad Mahir bin Shamsuddin

Nama glammernya Khat_izzati

Pelatih Perubatan, Universiti Malaysia Sabah.

 

 

 

 

 

GAMBAR KANAN: Ni gambar yang diambil menggunakan DSLR Canon pada Julai 2007 di Batu Tiga Ranau, menggunakan wide angel lens dengan dedahan 40 saat.

 

Apa yang menarik dalam kedua gambar ni ialah minat yang ditunjukan oleh pencerap ( @ tukang gambar), Gambar kiri menunjukan minat yang teramat mendalam akan dunia astrofotografi sehingga membolehkan beliau mengambil gambar yang sebegini menakjubkan.... tahniah, “bah nanti kita pigi lagi ambil naaanti yang lebih tagap”.

 

“Apa-apa pun Khat bolehlah dikatakan sebagai orang pertama mengambil gambar sebegini di Sabah” – Dr Mustapha Nasir

Gambar di atas ni  pula dirakamkan oleh orang profosional dan mahir dalam bidang gambar mengambar......ish orang putih ba.