Tahukah Anda?

 

Gerhana Separa Matahari akan dapat disaksikan sekali lagi pada pada 22 Julai 2009, secara amnya di Sabah akan dapat saksikan gerhana ini sekitar jam 8:53 pagi hingga 10:22 pagi pada tarikh berkenaan.  Ianya berpusat mula dari pantai barat India (timur lautan Hindi), China dan berakhir di Lautan Pasifik. Gerhana ini sebenarnya adalah gerhana penuh matahari dan merupakan “the Greatest” kerana ianya akan memakan masa selama 6 minit 39 saat. Gerhana ini merupakan yang ditunggu tunggu oleh saintis kerana lamanya masa “penuh @ totality”. Biasanaya gerhana penuh memberikan peluang sekitar 1 minit -2 minit lebih sahaja. Tempoh masa yang lama “totality”  ini memberikan peluang kepada saintis membuat kajian berkaitan fenomena ini. Kita di Sabah hanya berpeluang menyaksikan gerhana separa sahaja.

22julai2009

Saya belum kira berapa peratus sebenarnya matahari akan dilindungi oleh bulan, tetapi anggaran sekitar 25-35% juga la. Masa bermula ialah sekitar jam 9:35 pagi 22 Julai 2009, kemuncak  jam 10:35:21 pagi (baca JAM:MINIT:SAAT)   dan masa ini adalah masa tidak rasmi.