Kuiz Sains Angkasa Di Suria Kinabalu FM

Sempena

Minggu Kesedaran Angkasa Sedunia

4 - 15 Oktober 2009

 

 

Minggu Kesedaran Sains Angkasa Sedunia dirayakan setiap 4 Okt – 10 Oktober. Sehubungan itu PUSKAL-Sabah dengan kerjasama beberapa jabatan kerajaan telah mengadakan kuiz peringkat Negeri Sabah bermula 4 – 15 Oktober 2009.

 

Sambutan ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai akan pentingnya ilmu angkasa dan kesedaran mengenainya. Jadi  PUSKAL-Sabah pun tidak mahu ketinggalan mahu memberi kesedaran dan pendedahan, maka kami dengan sukacitanya mengadakan Kuiz Sains Angkasa di Suria FM. Dua hadiah bernilai RM50 setiap satu dan setiap hari akan ditawarkan melalui siaran  “Suria Pagi Kinabalu FM” bermula pada 7,8,9 dan 12,13 Oktober 2009 jam 6 pagi hingga 10 pagi.

 

Soalan-soalan semuanya mudah saja. Kebanyakannya ada dalam buku sains sekolah rendah dan menengah.

 

Bah, sertai la. Semua layak ikut, asalkan dapat mendengar siaran tersebut samada melalui radio atau internet.

 

Hadiahnya ialah wang tunai RM50 (lima puluh ringgit) setiap soalan.

 

Turut menjayakan

1.       Unit Sains & Teknologi di Jabatan Ketua Menteri Sabah (UST)

2.       Agensi Angkasa Negara (AAN)

3.       New Straits Times (NST)

4.       Suria Pagi Kinabalu FM

 

radio1

Klik radio

untuk mendengar

Suria Pagi Kinabalu FM

6am-10am

Dengarkan, ikuti

DJ Othoe dalam Siaran

Suria Pagi Kinabalu FM,

6 pagi – 10 pagi, Isnin - Jumaat

 (selepas jam 10 pagi, siaran akan ditukar kepada Sabahan.fm)

 

 

 

 Soalan dan jawapan serta pemenangnya

 

 1

Tahukah anda, bahawa dalam sesaat cahaya bergerak sejauh 300,000 km (3 ratus ribu km). Dalam masa sejam cahaya bergerak sejauh  1,080,000,000  km (1 billion 80 juta km) Dalam masa setahun cahaya bergerak sejauh 10 trillion kilometers. Bintang terdekat dengan bumi selain matahari  ialah Proxima Centauri yang terletak sejauh  4.3 tahun cahaya dari bumi.

 

Soalan

Berapa jauh cahaya bergerak dalam setahun, tuliskan dalam bentuk nombor.

 

Jawapan

10,000,000,000,000 (10 diikuti dengan 12 nombor kosong). Sebut 10 trilion km

 

Pemenang

 Omis, 010xxx xx89

 Maria Tatiomiss Guntingan, 10 tahun, Kg Kabusak.

 

 

2

Tahukah anda bahawa matahari berusia sekitar 4.5 billion hingga 5 billion tahun dan merupakan bintang terdekat dengan bumi.  Jarak purata dari bumi ke matahari adalah 148 juta kilometer. Matahari bersinar hasil daripada  pelakuran nuclear yang menukarkan unsur hydrogen kepada unsur helium sebanyak 600 juta tan sesaat.  Suhu matahari permukaan matahari adalah5,500 darjah Celsius) dan lebih 15.5 juta darjah Celsius diterasnya.

 

Soalan

berapa jarak dari matahari ke bumi?

Jawapan

148 Juta Kilometer.

Pemenang

 Rose K, 013 xxx xx04

Roslinah bt Kinsoron

 

3

Tahukan anda bahawa purata kelajuan bumi semasa mengelilingi matahari adalah 29.783 km sesaat. Bererti dalam sejam bumi berjerak sejauh 107,218.8km. Dalam setahun bumi bergerak sejauh 924,375,700 km

 

Soalan

Berapa purata kelajuan bumi dalam sesaat  semasa mengelilingi matahari?

 

Jawapan

Jawapan: 29.783 km sesaat.

Pemenang

Big Mama  019 xxx xx93

Kamilin bt Peter

 

 

4

Sistem suria kita dianggarkan berusia sekitar 4.5 billion tahun hingga 5 billion tahun. Ianya terdiri daripada  daripada 8 planet utama. Diikuti dengan planet-planet kecil seperti Pluto. Selain itu terdapat juga  komet dan beribu asteroid yang mengorbit system suria.

Planet utama terdiri daripada  Utarid, Zhurah, Bumi, Marikh, Mustari, Zuhal, Uranus dan Neptune.

 

Soalan

Berapakah jumlah planet utama di Sistem Suria?

 

Jawapan

8 buah planet utama

Pemenang

Hazee        013xxx xx23

Paula Bantoi @ Hazila Abdullah

 

 

 

7

Tahukah anda bahawa Planet Mustari adalah planet yang paling besar dalam sistem solar kita. Ianya turut dikenali sebagai planet gas raksasa. Atmosferanya terdiri daripada hydrogen dan helium. Purata suhu yang terdapat pada planet ini adalah sekitar -148 darjah Celsius. Planet ini yang dijumpai oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 menujukan ianya mempunyai empat buah bulan yang terkenal terdiri daripada Europa, Io, Ganymede and Callisto. Walaubagaimanapun kajian terbaharu menggunakan teknologi canggih sehingga Jun 2009 menunjukan bahawa planet ini mempunyai sebanyak 63 buah bulan.

 

Soalan 1

Apakah kandungan utama atmosfera Planet Mustari?

Jawapan

Hydrogen dan helium.

 

Soalan 2

Namakan empat buah bulan utama yang mengililingi Planet Mustari yang dijumpai oleh Galileo Galilei

Jawapan

Europa, Io, Ganymede and Callisto

 

Pemenang

 

Doris D Egbert    (Kg Kebuska, Kepayan)

 

 

 

 

8

Tahukah anda bahawa Planet Zuhal mempunyai gelang yang amat menarik jika di cerap (diteropong) dengan teleskop. Sebenarnya penyelidikan terbaharu menggunakan kapalangkasa penjelajah robotik menunjukan bahawa bukan Zuhal sahaja mempunyai gelang, tetapi Planet Mustari, Planet Neptune dan Planet Uranus turut mempunyai gelang.

 

Soalan 1

Namakan planet yang mempunyai gelang?

Jawapan

Planet Zuhal, Planet Mustari, Planet Neptune dan Planet Uranus

 

Pemenang

 

Hanisah Saridi     (Luyang)

 

 

 

9

Tahukah anda bahawa awan ribut terkencang di system suria terdapat di Planet Neptune. Ribut ini bertiup selaju 2 ribu kilometer sejam. Manakala awan ribut terbesar adalah terdapat di Planet Mustari yang mana size nya lebih besar daripada bumi ini. Awan ini dikenali sebagai Awan Galilean

***Artikel ini berdasarkan kajian tahun 1998, Kajian 2006 menunjukan ribut ini bertiup selaju 2,160,000km sejam., - Sumber ESA

 

Soalan 1

Di planet manakah terdapat awan Galilean?

Jawapan

Planet Mustari

Pemenang : Jenny Lim, Kota Kinabalu.

Soalan 2

Berapa laju awan ribut di Planet Neptune bergerak?

Jawapan

2 ribu kilometer.

Pemenang : Marta Nonong

 

 

10

 Tahukah anda bahawa Planet Pluto adalah lebih kecil berbanding bulan kepada Planet Bumi. Disebabkan orbit planet ini yang merentasi orbit Planet Neptune, maka pada Ogos 2006, kesatuan astronomi antarabangsa telah mengeluarkan Pluto daripada senarai planet utama system suria. Kini Pluto dikatagorikan sebagai “planet kerdil” sahaja sama seperti Planet Ceres yang lebih kerdil daripada Pluto. Planet kerdil lain ialah Eris @ Xena (planet ini lebih besar dari Pluto) dan yang masih dalam penyelidikan iaitu Planet Makemake dan Planet Haumea.

 

Soalan 1

Namakan planet utama terjauh dari matahari?

Jawapan

Planet Neptune

Pemenang: Michel Peter Jewilis

Soalan 2

Namakan Planet terhampir dengan matahari

Jawapan

Planet Utarid

Pemenang:

 

 

11

 Tahukah anda bahawa Satelite RazakSat merupakan  Mikro satelite pertama buatan Malaysia yang digunakan untuk penderiaan jauh untuk maklumat geografi, pemetaan, pengesanan pembalakan haram, kajicuaca dan perancangan pembangunan. Satelite ini merupakan satelite pertama yang mengorbit dari barat ke timur bumi di kawasan khatulistiwa pada jarak 685 kilometer dari bumi. Satelite ini melintasi kawasan Malaysia setiap 90 minit.

Soalan 1

Namakan dua katagori Satelite Razaksat?

Jawapan

Satelite mikro dan satelite penderian jauh

Pemenang : Tiada

 

 

12

Program Angkasawan Negara telah berjaya dengan menghantar Angkasawan Negara pertama, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Syukor yang telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang mengorbit bumi pada ketingian sekitar 300km dengan menaiki roket Soyuz TMA-11 milik Russia pada 10 Oktober 2007. Tujuan utama program ini adalah untuk menjalankan kajian sains dalam keadaan mikroviti dan keadaan ini tidak terdapat di Bumi

Soalan 1

Adakah ankasawan kita berjaya sampai di bulan, namakan stesen tersebut.

Jawapan

Tidak sampai dibulan, stesen angkasa antarabangsa.

(nama ringkas stesen ini ISS)

Pemenang : Marianus  Guntingan

Soalan 2

Bilakah tarikh angkasawan kita berlepas dan nama penuh angkasawan pertama Negara?

Jawapan

10 Oktober 2007, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Syukor

Pemenang: LIANAH BINTI DANSIP

 

 

13

Teleskop optic adalah alat khas untuk mencerap objek di angkasa lepas dan melihat objek yang jauh. Terdapat 3 jenis teleskop optik iaitu teleskop pembias, teleskop pemantul dan teleskop catadiotric.

Soalan 1

Teleskop terbahagi kepada berapa jenis?

Jawapan

3 jenis

Pemenang:  D'lyn 013xxxx731

Soalan 2

Sebutkan salah satu daripada  jenis-jenis teleskop yang disebutkan dalam petikan tadi.

Jawapan

Teleskop pembias / teleskop pemantul / teleskop catadiotric

Pemenang: Chris Inanam  016 xxxx232