Selamat Datang
Ke Lingkudau Dot Net
Menempatkan Jabatan Astronomi
PUSKAL-Sabah
Laman ini
ditulis dan sesuai dilayari dengan internet explorer versi 6 keatas.
|
Siaran Akhbar
PUSKAL-Sabah. Tarikh : 22
Januari 2009 Ruj Kami :
SA-ES-Bil1 Kepada Semua Media |
Pegawai Akhbar Nama : Heddy Lim Thoi Fen HP : 016 803 0528 Ketua Penyelidik Nama : Mustapha Nasir, Dr. HP : 012 866 0187 Pejabat : 088 878
748 |
|
TAJUK:
Gerhana annular matahari 26 Januari 2009 (Separa di Malaysia). Gerhana matahari separa akan dapat disaksikan di Malaysia pada 26
Januari 2009 bermula jam 4:30:39 petang (baca jam:minit:saat) sehingga jam
6:59:47 petang. Walaubagaimanapun masa bagi setiap kawasan di seluruh negara
adalah berlainan diantara satu dengan lain disebabkan faktor geografi dan kedudukan matahari dan
bulan berbanding dengan lokasi pemerhati pada pada masa itu. Gerhana separa matahari di Malaysia ini disebabkan berlakunya gerhana
annular matahari yang berlaku bermula di Barat Lautan Hindi, merentasi Selat
Sunda termasuk Sumatera Tenggara dan Jawa Barat, kemudiannya merentasi Borneo
termasuk Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan berakhir di Laut Celebes.
Kawasan Malaysia yang dapat menyaksikan fenomena gerhana annular ini hanyalah
dikawasan Sempadan Sarawak dengan bahagian utara Wilayah Kalimantan Barat
iaitu kira-kira 400 kilometer ke timur Kuching. Kota Kinabalu akan dapat menyaksikan 75.3 peratus matahari mengalami
gerhana yang akan bermula pada jam 4:43:57 petang hingga jam 6:57:20 petang dengan
kemuncaknya pada jam 5:54:48 oetang berbanding dengan Bandaraya Melaka
peratus gerhana ialah 67.2 peratus dan gerhana bermula jam 4:30:23 petang
hingga 6:58:29 petang. Di Sabah kawasan terbaik untuk memarhatikan fenomena ini ialah di Tawau
yang akan menyaksikan matahari mengalami gerhana sebanyak 81.9 peratus semasa
kemuncak berhana berlaku pada jam 5:53:13 petang, gerhana bermula jam 4:42:32
petang hingga jam 6:55:38 petang di kawasan ini. Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari,
Bulan dan Bumi berada dalam satu garis
lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada
pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang
berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi
dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil
"apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009,
kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz
bulan kelihatan kecil dan tidak dapat
menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi
matahari pada masa itu, tetapi cakera
matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana,
dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah
matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular". Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah
berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran
infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina
mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah
keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini. Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14
boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan
peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh
digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum. Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah
satu dilubangkan dengan menggunakan
sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej
matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat
perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum
tadi. Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin
yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan
kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya
menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata. Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan
menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku. PUSKAL-Sabah menyediakan talian bantuan yang berfungsi 24 jam untuk
sebarang informasi untuk fenomena ini bermula pada 25 Januari 2009 hingga 26
Januari 2009. |
ATAS: Laluan Pusat
Gerhana Annular Matahari ATAS: Kenampakan gerhana di Malaysia ATAS: Cara membuat “pin
hole / teknik lubang jarum” ATAS: Bagaimana Gerhana
Berlaku Untuk Siaran
Akhbar Sila “RIGHT CLICK” atau klik gambar untuk download. |