Selamat Datang

Ke Lingkudau Dot Net

Menempatkan Jabatan Astronomi PUSKAL-Sabah

 

Laman ini ditulis dan sesuai dilayari dengan internet explorer versi 6 keatas.

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara umumnya gerhana matahari terdiri daripada empat jenis.

 

1.       Gerhana Penuh Matahari

Gerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sebaris, dan bulan pada masa itu berada dalam keadaan “perigee” (hampir dengan bumi). Kedudukan “perigee” ini menyebabkan saiz bulan melindungi keseluruhan cakera matahari daripada pemerhati di bumi.

 

2.       Gerhana Separa Matahari

Gerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan hampir sebaris, menyebabkan  bulan melindungi sebahagian daripada cakera matahari.

 

3.       Gerhana Annular  Matahari

Gerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sebaris, tetapi disebabkan bulan berada dalam kedudukan “apogee” (terjauh dari bumi) menyebabkan saiz bulan pada masa itu kelihatan agak kecil dan dan cakera matahari pula lebih besar, bulan akan kelihatan ditengah cakera matahari tetapi tidak dapat melindungi keseluruhan cakera matahari. Cakera matahari masih kelihatan di sekeliling bulan, pemerhati di bumi  akan melihat seolah-olah matahari berbentuk  cincin dipanggil “annulus” / annular .

 

4.       Gerhana Hibrid Matahari.

Berlaku apabila matahari, bulan dan bumi dalam kedudukan selari. Tetapi disebabkan kedudukan bulan berada di antara “apogee” dengan  “perigee” maka sebahagian kawasan di bumi akan menyaksikan gerhana penuh metahari  dan sebahagian lagi menyaksikan gerhana annular matahari.

 

 

 

PERHATIAN:  Pihak media terutamanya radio dan tv adalah digesa menyiarkan langkah-langkah keselamatan semasa memerhati gerhana ini untuk kebaikan bersama.

 

 

 

 

 Jenis Jenis Gerhana Matahari

 

 

 

“……..berbeza dengan gerhana bulan, masa gerhana matahari berlaku adalah berbeza diantara satu lokasi dengan lokasi lain, ……ini sebabkan kedudukan geografi / lokasi pemerhati dengan sudut pandang bulan dan matahari.” Klik Jadual / Masa

 

 

NOTA PENTING : Adalah berbahaya sekiranya melihat gerhana ini secara terus tanpa menggunakan sebarang penapis atau peralatan sesuai. Sila baca “Langkah Keselamatan Semasa Menyaksikan Gerhana Matahari” di ruangan sebelah kanan.

 

total

Gerhana Penuh Matahari

 

 

partial 

 

Gerhana Separa Matahari

 

 

 

 

KLIK

Informasi Berkaitan Gerhana Matahari

 

1.      Bagaimanakah gerhana matahari berlaku.

 

2.      Pelbagai Jenis Gerhana Matahari.

3.        

4.       Langkah keselamatan semasa menyaksikan gerhana matahari

5.        

6.       Cara Membuat Pin Hole (Lubang Jarum)

7.        

8.       Jadual / masa gerhana bagi kawasan lain di Malaysia

9.        

10.    Siaran  akhbar.

11.     

12.    Aktiviti oleh PUSKAL-Sabah sempena dengan fenomena ini.

13.     

14.    Lain-Lain / Tahukah Anda?

15.     

16.    Kaedah Solat Sunat Gerhana

 

 

PERHATIAN: Semua bahan dalam laman ini boleh disiarkan semula dimana-mana media

 

Hotline:

088-878-748  dan 012-866-0187 

 

 

 

eclipse_anular

Gerhana Annular Matahari

 

 

 

 

 

 

 

Dikemaskini pada 7 Januari 2010

 

 

 

 

 Link lain berkaitan aktiviti astronomi  di Malaysia

             Falak-Online               Agensi Angkasa Negara           Balai Cerap Langkawi                 .

 

Laman Astronomi ini dikendalikan oleh PUSKAL-Sabah, Sebuah badan NGO berdaftar di Daerah Ranau Sabah. Unit astronomi ditubuhkan pada September 1997 oleh Rakan Muda Masjid Lama Pekan Ranau (Sekarang dikenali sebagai Masjid Lingkudau Ranau)  dan kemudiannya didaftarkan dibawah R.O.S pada 2001

Unit Astronomi ini merupakan asas penubuhan PUSKAL-Sabah. Sebelum wujudnya unit ini, aktiviti di Masjid Lama ini lebih tertumpu kepada pembangunan insan sejak tahun 1989.

 

Unit Astronomi ini merupakan  jabatan / unit pertama NGO ini dan kemudiannya dikembangkan ke palbagai cabang dan jabatan selari dengan keahlian dan kemahiran para ahlinya.

Lingkudau Dot Net pula merupakan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Lingkudau Ranau. PUSKAL-Sabah digabungkan dengan laman web Lingkudau Dot Net disebabkan pengandali laman bagi kedua badan ini merupakan petugas yang sama dan 80% ahli JKKK merupakan ahli PUSKAL-Sabah.

 

E-Mail: pengerusi @ lingkudau.net  dan    drmos @ lingkudau.net

Tel 088-872-725           HP 012 866 0187