Muka      1/3  2/3    3/3   

Selamat Datang

Ke Lingkudau Dot Net

Menempatkan Jabatan Astronomi PUSKAL-Sabah

 

Laman ini ditulis dan sesuai dilayari dengan internet explorer versi 6 keatas.

 

 

 

 

 

 

Langkah keselamatan semasa menyaksikan gerhana matahari.

 

Penapis suria jenis mylar sangat sesuai digunakan menyaksikan gerhana matahari. Penapis ini mempunyai unsur perak yang mampu menapis sinaran infra-merah matahari.

 

Malangnya penapis ini tidak mudah didapati dan mahal pula tu. Jadi satu kaedah yang ringkas dan murah ialah menggunakan dua keping kertas. Kertas pertama dilubangkan dengan sekali cucuk menggunakan pin atau jarum. Kertas kedua pula menjadi skrin dimana bayangan matahari akan kelihatan setelah melalui lubang jarum tadi. Kaedah ini dipanggil sebagai “Teknik Lubang Jarum”

 

 

“…….sinaran infra-merah merupakan salah satu unsur sinaran matahari. Sinaran ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi sinaran ini amat panas dan berbahaya kepada retina mata sehinggakan ianya mampu membakar retina mata pemerhati yang memerhatikan (gerhana) matahari tanpa sebarang penapis dalam hanya beberapa saat”

 

 

 

 

PERHATIAN:  Pihak media terutamanya radio dan tv  adalah digesa menyiarkan langkah-langkah keselamatan semasa memerhati gerhana ini untuk kebaikan bersama.

 

 

 

 

 Langkah Keselamatan Semasa Memerhati Gerhana Matahari

 

 

 

Kenapa berbahaya?

 

“……Sewaktu hari biasa, bila memandang matahari, cahayanya yang menyilaukan membuatkan mata tidak tahan untuk merenung matahari. Tindakbalas mata “tersilau” ini merupakan perlindungan semulajadi kepada mata…..

……….Tetapi sewaktu gerhana matahari, kecerahan matahari tidaklah menyilaukan……walaupun bahayanya adalah sama seperti hari biasa,……..

……..melihat secara terus, walaupun untuk beberapa saat, berupaya menjadikan mata mengalami kerosakan kekal, ….kadang-kadang kerosakan ini hanya disedari selepas beberapa jam atau hari”

 

 

 

 

NOTA PENTING : Adalah berbahaya sekiranya melihat gerhana ini secara terus tanpa menggunakan sebarang penapis atau peralatan sesuai. Sila baca “Langkah Keselamatan Semasa Menyaksikan Gerhana Matahari” di ruangan sebelah kanan.

 

 pin hole

 

Teknik Lubang Jarum

 

 

KLIK gambar diatas untuk gambar yang lebih besar

 

 

KLIK

Informasi Berkaitan Gerhana Matahari

 

1.      Bagaimanakah gerhana matahari berlaku.

 

2.      Pelbagai Jenis Gerhana Matahari.

3.        

4.       Langkah keselamatan semasa menyaksikan gerhana matahari

5.        

6.       Cara Membuat Pin Hole (Lubang Jarum)

7.        

8.       Jadual / masa gerhana bagi kawasan lain di Malaysia

9.        

10.    Siaran  akhbar.

11.     

12.    Aktiviti oleh PUSKAL-Sabah sempena dengan fenomena ini.

13.     

14.    Lain-Lain / Tahukah Anda?

15.     

16.    Kaedah Solat Sunat Gerhana

 

 

PERHATIAN: Semua bahan dalam laman ini boleh disiarkan semula dimana-mana media

 

Hotline:

088-878-748  dan 012-866-0187 

 

 

 

eclipse_anular

Gerhana Annular Matahari

 

 

 

JANGAN MEMERHATIKAN GERHANA MATAHARI MENGGUNAKAN :

 

Jangan menggunakan filem hitam putih.

Jangan menggunakan kaca yang dihitamkan dengan asap.

Jangan memerhatikan gerhana melalui bayangan dipermukaan air.

Jangan menggunakan teropong atau teleskop tanpa penapis.

Jangan tengok gerhana menggunakan compact disc (CD / DVD)

 

 

Sesetengah peralatan diatas, mungkin “orang lain cakap boleh” tetapi sebenarnya ianya hanya mengurangkan silau tetapi tidak menapis infra-merah yang amat panas dan berbahay kepada mata.

 

 

 

 

 

 

Dikemaskini pada 7 Januari 2010

 

 

 

 

 

 

 Link lain berkaitan aktiviti astronomi  di Malaysia

             Falak-Online               Agensi Angkasa Negara           Balai Cerap Langkawi                 .

 

Laman Astronomi ini dikendalikan oleh PUSKAL-Sabah, Sebuah badan NGO berdaftar di Daerah Ranau Sabah. Unit astronomi ditubuhkan pada September 1997 oleh Rakan Muda Masjid Lama Pekan Ranau (Sekarang dikenali sebagai Masjid Lingkudau Ranau)  dan kemudiannya didaftarkan dibawah R.O.S pada 2001

Unit Astronomi ini merupakan asas penubuhan PUSKAL-Sabah. Sebelum wujudnya unit ini, aktiviti di Masjid Lama ini lebih tertumpu kepada pembangunan insan sejak tahun 1989.

 

Unit Astronomi ini merupakan  jabatan / unit pertama NGO ini dan kemudiannya dikembangkan ke palbagai cabang dan jabatan selari dengan keahlian dan kemahiran para ahlinya.

Lingkudau Dot Net pula merupakan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Lingkudau Ranau. PUSKAL-Sabah digabungkan dengan laman web Lingkudau Dot Net disebabkan pengandali laman bagi kedua badan ini merupakan petugas yang sama dan 80% ahli JKKK merupakan ahli PUSKAL-Sabah.

 

E-Mail: pengerusi @ lingkudau.net  dan    drmos @ lingkudau.net

Tel 088-872-725           HP 012 866 0187