|
Bagaimana
Gerhana Matahari Berlaku?
Secara
amnya gerhana matahari berlaku apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi
berada dalam keadaan sejajar (sebaris). Ini menyebabkan bulan melindungi
cakera matahari daripada pemerhati di bumi.
Semasa
gerhana matahari, bulan akan kelihatan perlahan-lahan melindungi cakera
matahari, tidak kira samada ianya gerhana penuh, gerhana annulus ataupun
separa, bulan pada masa itu kelihatan gelap.
|
Mitos / Cerita Rakyat
Dalam kebanyakan mitos (cerita rakyat @ dongeng) bayangan gelap
ini disangka makhluk lain yang akan memakan matahari. Maka penduduk bumi
pada masa itu akan berusaha menolong ataupun adakalanya memalu gong dan
sebagainya untuk menghalau “makhluk tersebut” daripada memakan matahari.
Dalam Masyarakat Dusun, bayangan gelap ini dipanggil sebagai
“barob”. Dalam kepercayaan lama masyarakat ini, mereka akan memalu gong
untuk menghalau “barob” tersebut.
|
PERHATIAN: Pihak media terutamanya radio dan tv adalah
digesa menyiarkan langkah-langkah keselamatan semasa memerhati gerhana ini
untuk kebaikan bersama.
|
Gerhana Matahari 22 Julai 2009
“……..Tahukah anda bahawa orbit bulan sebenarnya
berbentuk elips. Setiap tahun bulan menjauhi bumi sebanyak 3.8cm, jadi
dalam masa 600 juta tahun akan datang jarak bulan ke bumi akan bertambah
sebanyak 23,500 km, pada masa itu tidak akan ada lagi gerhana penuh
matahari kerana “kedudukan bulan tidak lagi berupaya menutupi 100 peratus
cakera matahari semasa gerhana berlaku”………..”
|

Kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi
“Sebaris” semasa gerhana matahari berlaku
|
“………Umat Islam digalakkan menunaikan
solat sunat gerhana matahari pada masa gerhan ini berlaku”
|
NOTA PENTING : Adalah berbahaya sekiranya melihat gerhana ini secara
terus tanpa menggunakan sebarang penapis atau peralatan sesuai. Sila baca
“Langkah Keselamatan Semasa Menyaksikan Gerhana Matahari” di ruangan
sebelah kanan.
KIRI Download movie KLIK
atau klik youtube.com KLIK
|