Lingkudau dot Net

 Membawakan Kepada Anda 

 PUSKAL-Sabah

 

 

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

 

 

 

Gerhana matahari separa dapat disaksikan di seluruh negara pada 15 Januari 2010.

 

Secara umumnya gerhana matahari ini akan bermula seawal jam 2:56 petang dan berakhir jam 5:44 petang.

 

Walaubagaimanapun disebabkan faktor geografi maka waktu permulaan dan akhir gerhana bagi setiap kawasan di Malaysia adalah berlainan.

 

 Gerhana Separa Matahari Dari Langkawi

Gambar oleh Agensi Angkasa dan Shah Falak-Online)

 

 

Bagi kawasan Alor Setar di Kedah waktu permulaan gerhana 2:56:43p.m, kemuncak gerhana pada jam 4:28:24 p.m. dan berakhir jam  5:45:18 p.m. kawasan ini akan menyaksikan  sebanyak 38 peratus cakera matahari dilindungi oleh bulan.

 

Sementara bagi kawasan Kota Kinabalu, gerhana matahari akan bermula jam 3:47:18 p.m.   kemuncak gerhana 4:44:30 p.m.  dan akan berakhir jam  5:35:36 p.m. Peratus gerhana ialah 13.5.

 

 

kemuncak

Kemuncak gerhana pada 4:25 petang di Langkawi. Gambar oleh Agensi Angkasa dan Shah Falak-Online

 

Antara jabatan  terlibat:

JUPEM, Jabatan Tanah Dan Ukur, Polis Diraja Malaysia, RELA, JHAINS, UST JKM, JKR, MDR Putatan, dan macam-macam lagi.

 

 

Antara pengunjung semasa pencerapan.

 

 

 

 

Pencerapan terhadap gerhana matahari separa pada 15 Jan 2010  diadakan bertempat di Balai Cerap Al-Beruni Tanjung Dumpil Putatan Sabah

Pencerapan gerhana bermula jam 3:48 petang – 5:30 petang

 

.     Orang Ramai Dijemput Hadir     .

 

Acara  bermula seawal jam 10 pagi dengan pameran S&T oleh Unit Sains Dan Teknologi, Jab Ketua Menteri Sabah dan berakhir jam 8 malam

 

KLIK

Peta Jalan Ke Balai Cerap

 

MITOS:  "Dahulukala orang menyangka gerhana matahari disebabkan angkara seekor naga yang hendak menelan matahari, jadi berduyun-duyunlah meraka memalu gong dan sebagainya, kononnya untuk menghalau naga tersebut"  mitos ini tersebut dalam ceritera Dusun dan Cina

 

 

TAHUKAH ANDA?

Format masa bagi gerhana matahari mestilah dinyatakan bersama dengan sebutan JAM:MINIT:SAAT

Ini disebabkan ketepatan ini, penting untuk tujuan pencerapan dan pemerhatian di lokasi terlibat.

 

Contoh 2:56:01pm  akan disebut sebagai

 jam 2, 56 minit, 01 saat petang.

 

 

 Selain pencerapan terhadap gerhana matahari, orang ramai turut berpeluang menyaksikan keindahan Planet Mustari dan Nebula Orion yang terdapat di Buruj Biduk, dalam aktiviti pencerapan khas bermula jam 6 petang hingga 8 malam, 15 Jan 2010 di Balai Cerap Al-Beruni.

 

Encik Johan (Unit Sains & Teknologi) memberikan penerangan kepada Datul SS Alwi, Mufti Negeri Sabah,

Gambar matahari di skrin dalam gambar ini ialah “Live” dari Langkawi.

 

 

 

No.

Lokasi

Sentuhan pertama

 

Sentuhan Kedua

(KEMUNCAK)

Sentuhan Akhir

  (%)

1

Beaufort

3:47:07 p.m.

4:43:37 p.m.

5:34:11 p.m.

12.8

2

Kota Belud

3:47:42 p.m.

4:45:08 p.m.

5:36:25 p.m.

13.9

3

Kota Kinabalu

3:47:18 p.m.

4:44:30 p.m.

5:35:36 p.m.

13.5

4

Kudat

3:48:11 p.m.

4:45:56 p.m.

5:37:30 p.m.

14.4

5

Labuan

3:45:45 p.m.

4:43:10 p.m.

5:34:26 p.m.

13.2

6

Lahad Datu

3:55:16 p.m.

4:45:04p.m.

5:30:18 p.m.

9.3

7

Sandakan

3:53:12 p.m.

4:45:44p.m.

5:33:10 p.m.

11.0

8

Tawau

3:55:23 p.m.

4:43:58p.m.

5:28:11 p.m.

8.4

 

 

Klik Masa gerhana separa matahari bagi kawasan lain di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

KLIK

Informasi Berkaitan Gerhana Matahari

 

1.      Bagaimanakah gerhana matahari berlaku.

 

2.      Pelbagai Jenis Gerhana Matahari.

3.        

4.       Langkah keselamatan semasa menyaksikan gerhana matahari

5.        

6.       Cara Membuat Pin Hole (Lubang Jarum)

7.        

8.       Jadual / masa gerhana bagi kawasan lain di Malaysia

9.        

10.    Siaran  akhbar. 12/1/2010

11.     

12.    Aktiviti oleh PUSKAL-Sabah sempena dengan fenomena ini.

13.     

14.    Lain-Lain / Tahukah Anda?

15.     

16.    Kaedah Solat Sunat Gerhana

 

 

PERHATIAN: Semua bahan dalam laman ini boleh disiarkan semula dimana-mana media

 

Hotline:

088-878-748  dan 012-866-0187 

 

 

 

LIVE

but_streaming2

15 Jan 2010, 3:30 pm – 5:30pm

 Siaran Langsung Internet Dari Balai Cerap Al-Beruni, Putatan Sabah.

 

 

Encik Johan dengan kakitangan JUPEM Kota Kinabalu

 

Encik Mohd Isa dari PDRM Putatan bersama dengan kakitangan PUSKAL

 

Antara pengunjung pameran seawall jam 10 pagi

 

 

Laporan / Aktiviti Sebelum ini Klik Arkib PUSKAL-Sabah  disini

 

 

 

24 Jam Sehari

Unit Seismologi dibawah PUSKAL-Sabah beroperasi 24 jam sehari, anda boleh

menghubungi kami pada bila-bila masa.

 

Menggunakan talian HP-012-866-0187 atau   FAX/TEL-088-878-748

atau Yahoo Mesengger PUSKALSABAH

Alamat

JKKK Lingkudau dan PUSKAL-Sabah

Lingkudau Dot Net

Pusat Pentadbiran Lingkudau

Jalan Lingkudau-Kituntul

Peti Surat 420

89308 Ranau, Sabah

E-Mail puskalsabah @ yahoo.com

 

PERHATIAN:  
Mana-mana maklumat yang dikeluarkan oleh unit atau jabatan dibawah PUSKAL-Sabah atau di laman web ini,
bukanlah bermaksud "AMARAN" tetapi dikeluarkan semata-mata hanya untuk tujuan pendidikan sahaja. Walaubagaimanapun semua kenyataan yang dikeluarkan adalah "TEPAT" dan "BENAR"
menerusi kawalan ketat oleh pegawai bertugas. PUSKAL-Sabah merupakan badan sukarela bukan kerajaan (NGO)