|
Gerhana matahari separa akan
dapat disaksikan pada 22 Julai 2009 di seluruh Kawasan Malaysia bermula
seawal 8:18 pagi hingga 10:35 pagi. Walaubagaimanapun disebabkan perbezaan
geografi maka waktu permulaan gerhana matahari dan waktu tamat gerhana
matahari tidak sama di antara bandar-bandar seluruh negara.
Bagi Kawasan Kota Kinabalu
gerhana separa hanya akan bermula pada jam 8:46 pagi dan berakhir pada
10:30 pagi.
Gerhana matahari penuh pula
hanya dapat disaksikan bermula di Barat India Utara, Nepal, Bangladesh,
Bhutan, Mynmar, China, Kepulauan Ryukyu (wilayah Jepun) dan berakhir di
timur Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.
Bagi kawasan yang mengalami gerhana penuh akan
menyaksikan gerhana penuh terlama pada abad ini iaitu sehingga 6 minit 39
saat.
Gerhana matahari berlaku
disebabkan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan sebaris dan bulan
pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh keatas bumi.
Pada amnya Kawasan Malaysia
hanya dapat menyaksikan gerhana separa sehingga 17.8% (di Kangar) cakera
matahari dilindungi oleh bulan. Bagi Kota Kinabalu peratus gerhana separa
ialah 10.9%. Kudat 13.9%, Tawau 7%.
PERHATIAN: Pihak media terutamanya radio dan tv
adalah digesa menyiarkan langkah-langkah keselamatan semasa memerhati gerhana
ini untuk kebaikan bersama.
|
Gerhana Separa Matahari
22 Julai 2009
Di Sabah tempat terbaik menyaksikan
gerhana ini ialah di Kudat yang dijangka akan menyaksikan sebanyak 13.4%
permukaan matahari dilindungi oleh bulan. Gerhana bagi kawasan ini bermula
jam 8:46 pagi berakhir jam 10:30
pagi.
PUSKAL-Sabah pula dengan kerjasama
beberapa agensi kerajaan termasuk Unit Sains Dan Teknologi Jabatan Ketua
Menteri Sabah akan membawakan pencerapan gerhana matahari di Dewan Hashim
Lingkudau Ranau pada 22 Julai 2009 bermula jam 8 pagi.
Pencerapan gerhana matahari separa
akan dilakukan di dewan tersebut dan seterusnya membawakan siaran secara
langsung pencerapan gerhana matahari penuh yang di lakukan di Shanghai
China.
Kesemua aktiviti ini akan disiarkan semula
dan diterima dan diikuti oleh pelajar-pelajar di 50 buah sekolah di Negeri
Sabah menerusi internet.
Siaran langsung ini akan diacarakan
oleh pelatih-pelatih dari Universiti Malaysia Sabah.
NOTA PENTING : Adalah berbahaya sekiranya melihat gerhana ini secara
terus tanpa menggunakan sebarang penapis atau peralatan sesuai. Sila baca
“Langkah Keselamatan Semasa Menyaksikan Gerhana Matahari” di ruangan
sebelah kanan.
|
|