(RUJUKAN: Dipetik daripada Buku Sejarah Lingkudau Terbitan 2 Kajian ketiga, oleh JKKK Lingkudau Ranau, bertarikh 21 April 2007, Temubual dengan warga Emas Lingkudau, Puan Sapilah Kansaring, Haji Abdul Hamid Kinsiron, Gunting Rambai, Sepikit Kebindong, Arkib Negeri Sabah daripada Catatan Weather Report Of North Borneo British Colonels 1890-1950, Versi ini berkemungkinan akan berubah jika ada sumber rujukan terbaharu yang diguna pakai) (Cerita dibawah adalah Pindahan 9/2008)
Revised / diperbaharui pada 24 Nov 2008
Kisah
Lingkudau Ranau
Suatu masa dahulu sekitar tahun 1894-1896 ketika zaman Penentangan Datuk Paduka Mat Salleh keatas penjajahan Orang Inggerish terhadap Borneo Utara dikatakan Rantau telah menyertai Datuk Paduka Mat Salleh menentang Inggeris yang mana pertempuran telah berlaku di kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Rapak.
Selepas tamat peperangan ini maka sekali lagi Rantau bersama dengan Lansan (isteri Rantau) dan Gamaye (Ketua Kampung Pertama Lingkudau) telah kembali ke Kawasan Pekan Ranau. Mereka bertujuan mencari penempatan baru dan bertemu dengan Subayow yang menetap di Kawasan Matan. (jangkaan awal tahun tersebut ialah sekitar 1910-1915 berdasarkan pada tahun kelahiran Doronsoi pada 1905 dan ditinggalkan di Bundu Tuhan pada masa itu). Ini bererti pembukaan Lingkudau ialah sekitar tahun 1910-1915
(Riawayat variasi lain
mengatakan pembukaan Lingkudau 1928, sumber oleh En Abdul Malik B Tahir, fakta
ini akan dikaji)
Dalam pertemuan ini Subayow yang sememangnya menetap di Kampung Matan bersama dengan Gangkat, Kootos dan Giringan iaitu salah seorang saudara kepada Rantau telah mencadangkan Rantau dan kawan-kawannya yang berasal dari Bundu Tuhan agar membuka penempatan baru di suatu kawasan lain yang jaraknnya “Sengadaw” dari Matan.
Pada masa itu keadaan kawasan berkenaan yang penuh dengan hutan dan “ranahon” (kawasan tanah paya,- sesuai untuk penanaman padi) akan menyebabkan perjalanan yang sekarang ini hanya kira-kira 15 minit menjadi “sengadaw”. Maka Rantau bersama dengan Lansan dan Gamaye telah mambuka suatu penempatan baru yang sekarang ini di Kawasan Perumahan Encik Udin Jahali (Lingkudau Lama - Lintuhun).
Selain itu Giringan yang merupakan saudara kepada Rantau telah mempelawa Rantau dan kawan-kawannya agar datang memetik buah-buahan langsat pada setiap musim buah tiba di kawasan yang sekarang ini terletak Padang Bola Matan.
Sebenarnya semasa pembukaan Rantau ke atas Kampung Lingkudau, beliau telahpun dikeruniakan anak-anak yang pada masa itu ditinggalkan di Bundu Tuhan terdiri daripada Gilong nama Islamnya ialah Mohd Gilong, (bapa kepada Tan Sri Haji Abdul Ghani) Doronsoi (Haji Aman, bapa kepada Rajibi) Sakamboi ( Ibu Encik Nauth Potoh) dan Sokondoi. Bong-ngo pula ialah isteri kepada Mohd Gilong. Nama Islam ialah Rukiah (Sebelum ini dieja Bongo, yang betul ialah Bong-ngo) Pindahan 8/2008, sumber TSP Hj Abd Ghani.
Apabila anak-anak Rantau meningkat dewasa (Tanak Wagu) maka mereka telah di bawa ke Lingkudau dan kemudiannya berkahwin dengan pasangan masing-masing (Gilong mendirikan rumahtangga dengan Bong-ngo Pindahan 9/2008, Doronsoi dengan Kumbohoi @ Aliyah)
Maka datanglah beberapa lagi penghijrah dari Bundu Tuhan yang bernama Balang (Rashman bapa Haji Sarun) , Muyow, Ganang, Kingai, Gobongo, Esah (Amsiah, Isteri kedua Haji Aman) CATATAN: ( Gobongo @ Sairah Ibu kepada Sadi Tahir, Zalehah pula ibu kepada Jumin Omar Pindahan 9/2008)
Asal Nama Lingkudau
Jarak perjalanan “Sengadaw” sepertimana yang disarankan oleh Subayow di Matan telah dipilih oleh Rantau di Suatu kawasan yang berpaya yang sekarang ini terletaknya Rumah Encik Udin Jahali (rujukan text asal bahasa Dusun menyebut sebagai Kawalaian ie Kundung om ie Udin).
Merekapun mendirikan “sulap” di suatu kawasan yang agak tinggi dan kering. Dalam Bahasa Dusun dituturkan sebagai “man tokow kawalaion hilo id tokodow-kodow” yang membawa maksud “tanah yang lebih keras” memandangkan kawasan sekitar yang dipenuhi dengan paya dan hanya kawasan itu yang kering dan tinggi serta sesuai untuk didirikan rumah atau “sulap”.
Maka kawasan itupun dipanggil sebagai “tokodow” dan kemudiannya diubah menjadi “Lingkudow” (Lingkudau) apabila lawatan daripada orang rumah sakit (hospital) yang meminta alamat tempat tinggal daripada Rantau yang menyebut “hilo tokodow nga man nopo tulisan do Lingkudow”. Maka kekallah nama kawasan itu sebagai Lingkudau.
Sebelum kedatangan Jepun, pengangkutan pada masa itu hanyalah menggunakan Kuda dan Kerbau. Sehinggakan menurut Puan Kodo (Sapilah bte Kansaring) mereka sungguh “takut bukan alang-alang melihat kapalterbang” iaitu bilamana orang putih pada masa itu mula memperkenalkan kapal terbang kepada umum di Ranau. Temubual awal berbunyi “seeeliwan ko ka, id pekekanal nogi id kapaltarabang lo. Ti no po sebelum po musim memibom doh gipun, nga awu poh hino lo gipun kayo”
Sekarang ini Kawasan yang dipanggil sebagai Lingkudau Atas merujuk kepada kawasan Simpang Tiga Azarah menuju ke Matan dan jalan turun kearah Rumah Jamili Saidi di panggil sebagai “Kibarambang” memandangkan kawasan itu banyak penyengat dari jenis “tatak barambang” dan Kawasan Puru-Puru kekal sebagai Puru-Puru apabila kawasan itu suatu masa dahulu dipenuhi dengan hutan tebal sekolompok yang dalam bahasa dusun dipangil sebagai “puru”.
Kawasan Puru-Puru dibuka diantara tahun 1944-1945 apabila kedatangan Imam Borok yang terkenal dengan ilmu yang tinggi. Dan telah diarahkan oleh Jepun untuk membuka penempatan baru disitu.
Ceritanya bermula apabila Puru-Puru yang memang terkenal sebagai kawasan yang “keras” pada masa itu dan ditakuti oleh orang ramai kerana dipercayai mempunyai “mianat” yang “karas”. Apabila Imam Borok yang handal dengan “ilmu yang hebat” tiba maka beliau telah “mengatur” supaya “mianat-mianat” itu tidak lagi menganggu dan kemudiannya orang-orang di Kawasan “Tokodow” pun ikut berhijrah ke kawasan “Puru-Puru” dimana kawasan ini jugalah terletaknya masjid kedua kawasan ini.
Kedatangan Islam Secara Rasmi dan Masjid Pertama Di Pekan Ranau
Kedatangan Islam bermula apabila berlakunya suatu wabak yang menyebabkan kebanyakan orang pada ketika itu mengalami cirit-birit berdarah (disyaki sebagai kolera atau penyakit taun). Pada masa itu tidak ada ubat. Perubatan pada masa itu hanyalah melalui ilmu perbomohan yang dipanggil sebagai “memerunait” (mengumborongoh). Apabila “memerunait” pun tidak berkesan maka banyaklah orang yang mati akibat penyakit itu.
Dipercayai dalam tahun 1943, Doronsoi (Haji Aman) dan isterinya Aliyah beserta Amir (suami Rosmini Luhuban), Sekiom (ibu Puan Ramlah Yaakub) mendengar akan keberkesanan “doa” oleh seorang Imam di Lobou (dalam Daerah Tuaran) untuk menghindari penyakit maut tersebut. Mereka telah bertemu dengan imam tersebut yang dipanggil sebagai “Sarip” sesetengah orang memanggil beliau sebagai “mandur Sarip” kerana beliau bertugas menjaga estet yang dimiliki oleh Syarikat British Borneo Utara di Lobou. Menurut imam tersebut, doa pelindunga itu hanya berkesan keatas orang-orang yang seagama dengannya maka mereka pun dengan rela hati menganuti agama imam tersebut yang dipanggil sebagai Agama Islam.
Menurut cerita, doa berkenaan benar-benar berkesan maka ramailah orang yang mengikuti jejak langkah Doronsoi menganuti Agama Islam.
Masjid Pertama
Imam pertama datang di Lingkudau ialah Imam Abdul Rahman (Orang Iranun). Beliau bertanggungawab mengajar orang ramai mengenai Islam pada ketika itu di Masjid Pertama Di Pekan Ranau yang terletak di kawasan “penginjinan batu lama” iaitu suatu tapak berhampiran rumah Sahadi – Jebius.
*** Abdul Rahman merupakan suami kepada Bariah (nenek saniah) dan
merupakan Ibu kepada Uli. Suami pertama Bariah ialah Dusi (bapa kepada Uli) Apabila Dusi
meninggal dunia, maka Bariah berkahwin dengan Abdul Rahman. Anak kepada Bariah dan Dusi ialah Ilah (mama kepada Fatimah dan
Muntiah. Muntiah ialah isteri Saidi Rashim).
Termasuk anaknya ialah , Suli, Napsiah, Lamsin dan
Ali. Semasa Bariah bersama dengan Dusi, mereka tinggal
sebumbung dengan Haji Aman. Tetapi apabila Bariah berkahwin dengan Abdul
Rahman, maka mereka telah membina rumah sendiri di kawasan “penginjinan batu
lama”
(pindahan 8/2008,
SUMBER RUKAYAH / SANIAH, 18/Nov/2008)
Kemudiannya apabila Imam Abdul Rahman tamat kontrek maka Haji Aman (Doronsoi) pun mencadangkan agar menjemput Imam Borok @ Abdul Hamid bin Majara yang pada masa itu berada di Tambunan.
Imam Borok dan isterinya (seorang Cina Islam) beserta dengan anak jagaannya iaitu Abdul Ghani Ahmad (Imam Borok merupakan datuk saudara Abdul Ghani Ahmad) pun tiba di Lingkudau dan tinggal serumah dengan Haji Aman (Droronsoi). Apabila Jepun tiba maka orang kampung telah diarahkan oleh Jepun untuk membersihkan Kawasan Puru-Puru. Tetapi ketika itu tidak ada seorangpun yang berani tinggal di Puru-Puru kerana takut dengan “mianat” di situ. (Imam Borok kemudiannya dilantik secara rasmi oleh Kerajaan British menjadi Imam Daerah selepas perang duna kedua)
Atas usaha Imam Borok yang sememangnya boleh “mengatur” makhluk tersebut maka Imam Borok pun membina rumah dan Masjid Kedua disitu. Dan kebanyakan orang ramai pun turut membina “Kawalaion” disitu keran hendak dekat dengan masjid tersebut dan dekat dengan pusat pentadbiran daerah yang terletak di kawasan antara rumah rehat (rest house) dengan hospital sekarang ini. Bahkan sekolah pertama pun terletak di kawasan tersebut iaitu di suatu kawasan berhampiran Pusat Kawalan Penyakit sekarang ini. Pada Masa itu sekolah dipanggil sebagai “The Primary School” Bangunan baru sekolah rendah itu kemudiannya dibina di Tapak Sekolah Rendah Pekan Satu sekarang ini. Salah seorang guru dari Zaman British yang kekal sehingga kini ialah Mis Baker yang sehingga kini menetap bersama dengan Dr. Othman Minudin mengusahakan rumah persinggahan di Kampung Silou.
Masjid yang berada di Sekolah Rendah Ugama (SUIS) sekarang ini merupakan masjid yang ketiga bagi daerah ini. Ianya dibina dalam tahun 1963 semasa pemerintahan USNO. Sementara Bangunan Balai Raya yang pertama di Daerah Ranau ialah Balai Raya Kampung Lingkudau yang dibina tiga tahun selepas Sabah merdeka. Balai raya ini terletak bersebelahan dengan tanah Encik Kassim Padasian dimana turut didirikan bangunan TADIKA KEMAS dan gelanggang bola tampar Lingkudau.
Walaubagaimanapun disebabkan orang ramai pada masa itu tidak “mengazetkan” tanah tersebut sebagai “gazet balairaya” di jabatan berkaitan menyebabkannya dipohon(tanpa disedari oleh JKKK berkuasa pada masa itu) oleh orang lain sebagai tanah persendirian.
Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS)
Sekolah Ugama Islam (SUI – ejaan lama Agama ialah Ugama) dibina bersebelahan dengan Masjid Ketiga Pekan Ranau dan guru yang mengajar ialah Imam Borok. Walau bagaimanapun pengajaran pendidikan agama terhenti seketika atyas sebab-sebab yang tidak jelas dalam catatan sejarah dan kemudiannya disambung semula oleh Ustaz Haji Mohd Som sekitar tahun 1969-1970an
Suatu masa dahulu Kawasan Lingkudau yang merupakan kawasan orang yang “ada-ada” (rujukan asal menyebut “ie o buleh-buleh”) maka ramailah yang mengaku kawasannya sebagai kawasan Lingkudau. Sehingga dikatakan Kawasan Lingkudau termasuk kawasan Rumah Encik Gunting di sebelah Rumah Rehat Sekarang ini sehingga ke Kawasan Kembungan Kawasan Lingkudau-Lintuhan. Di Sebelah Timur pula dari Liwagu di sebelah “Penginjinan Batu Lama” berdekatan dengan rumah Encik Sahadi-Jabius sehingga ke Kawasan Rumah Fei Hong di Hadapan Masjid Pekan di Sebelah Barat. Bahkan Pedang Pekan Ranau suatu ketika dahulu merupakan kawasan Ragut Lingkudau. Menurut Puan Siti Hawa Haji Aman, beliau bersamam Puan Azarah dan Encik Rajibi akan bangun seawal jam empat atau lima pagi untuk membawa kerbau meragut rumput di Kawasan tersebut sebelum membawa kerbau tersebut untuk “meragus” di sawah apabila matahari telah terbit tinggi segalah.
Dan dari Persimpangan Lingkudau-SK. Pekan sehingga ke Kawasan Getah Konolon iaitu bersempadan dengan tanah Giringan termasuk tanah perkuburan PALIMA.
Menurut orang tua-tua, Paka Jaya sekarang pada masa itu dipenuhi dengan tumbuhan paka (lalang) dan disebut sebagai “Kepakaan”
Fakta :
· Rantau pernah membantu Datuk Paduka Mohd Salleh (Mat Salleh) memerangi British
· Rantau Bin Kaga
· Anak-anak Rantau telahpun lahir semasa Rantau membuka “Tekodow” termasuk Gilong, Bongo, Sokondoi, Sakamboi, Bongo, Doronsoi
· Penganut Agama Islam di Kalangan Penduduk Ranau (PENYEBARAN AGAMA ISLAM) mungkin lebih awal kerana Datuk Paduka Mat Salleh sempat mengajarkan suatu ilmu kebal kepada Rantau yang memerlukan pengikutnya membaca Surah Al-Ikhlas dalam jumlah tertentu. Ilmu ini pula sempat diajarkan kepada Haji Abdul Hamid Kinsiron sedangkan pada masa itu Rantau dikatakan belum memeluk Islam. Disimpulkan bahawa Rantau telah memeluk Islam menerusi Datuk Paduka Mat Salleh sekitar 1894-1896 dan kemudiannya belajar ilmu berkenaan. Disebabkan tiada bimbingan dan pendedahan lanjut maka Rantau pun terlupa bahawa dia sebenarnya telahpun memeluk Agama Islam sejak ketika itu.
· Rantau belajar membaca dan menulis jawi daripada pedagang yang menumpang tinggal di rumahnya semasa di Bundu Tuhan termasuk Tanul, Daahat dan Lasamah. Ini sekitar tahun 1880 an – 1899 an
· Disebabkan kebolehan Rantau menulis dan membaca serta bertutur Bahasa Melayu yang mana pada ketika itu adalah perkara yang jarang berlaku di kalangan Masayarakat Dusun Bundu Tuhan maka beliau diangkat sebagai pemimpin masayarakat yang dikenali sebagai “pengadil”
· “Pengadil” ataupun sama dengan jawatan “Ketua Anak Negeri” ketika ini kemudiannya diturunkan kepada Doronsoi (Haji Aman) oleh British selepas Perang Dunia Ke-2.
· Lingkudau dianggap sebagai “o buleh-buleh” bilamana ramai antara penduduknya menjawat jawatan penting seperti guru yang dianggap suatu pekerjaan “o buleh” pada masa itu, juga memiliki syarikat yang maju seperti “Tuaran United Transport” dan juga sawmill “Kudingking” termasuk juga pemenang ADUN dan PARLIMEN
· Pernah Menjadi Menteri Kabinet termasuk : Tan Sri Haji ABDUL Ghani Gilong (Parliment, Menteri Kerja Raya Malaysia), Amin Jahali (ADUN Sabah) Abdul Ghani Ahmad (ADUN Sabah)
· Pernah Menjadi Guru Veteran termasuklah Suhaimi Gilong, Saidi Rashim, Jelumin Jahali, Jumin Omar, Amir Jahali, Azarah Haji Aman, Siti Hawa Haji Aman, Tompok @ Salleh Abdul Ghani, Ramlah Yaakub. Marry L.R Madley, Zainal L.R Madley, Hajah Bainun Gintua, Jumin Omar, Sadi Tahir, Abdul Manaf Tahir, Abdul Malik Tahir
·
Pernah Menjadi Guru Sandaran Jamain Amin, Mustapha Nasir, Norleha Nasir,
Azam Mohd Nauth,
· Pernah Menjadi “Pengadil” @ Ketua Anak Negeri : Rantau Bin Kaga, Kebindong (bapa Sepikit) Sepikit Kabindong, Haji Aman Rantau. Hamdan Udin, (Masa Sekarang Taip Rashman)
· Pernah Menjadi Polis : Tompok @ Salleh Abdul Ghani, Udin Jahali, Yaakub Sembuling, Guati Potoh, Selimin Gandong.
· Pernah Menjadi Imam : Imam Borok @ Abdul Hamid bin Majara dan Haji Abdul Hamid Kinsiron.
· Rantau pernah berkawin dengan Puan Hadiah iaitu moyang kepada Ansari Dol Suhaili. Puan Naimah (ibu Ansari) merupakan cucu Puan Hadiah sebelum berkahwin dengan Rantau. Mereka tidak mempunyai keturunan hasil daripada perkhawinan ini. (PINDAHAN 8/2008, sumber Ansari)