Kebakaran di Puru-Puru Lingkudau
memusnahkan tiga buah rumah.
|
|
BANTUAN KILAT Diperlukan: Rumah Encik
Juni Sumping yang merupakan penduduk Kawasan Puru-Puru, Lingkudau Ranau telah
musnah dalam kebakaran yang berlaku pada sekitar jam 5:30 petang, 14 Jun
2008. Kebakaran ini turut memusnahkan dua buah rumah anak beliau yang terletak rapat dan bersebelahan. Tiada
kemalangan jiwa berlaku. Walaubagaimanapun mangsa tidak sempat menyelamatkan
sebarang harta benda. Ketiga rumah ini
diduduki oleh seramai sembilan orang. Bomba Berjaya mengawal kebakaran
tersebut dari merebak ke rumah lain yang turut terletak rapat dan mengambil
masa sembilan minit untuk tiba di lokasi kebakaran. |
|
Sementara itu Pegawai Kemajuan Rakyat N-30 Karanaan, Encik Abdul Wahab
Rashman telah melawat mangsa kebakaran pada 15 Jun 2008 sekitar jam 4 petang.
Beliau telah memberikan kata-kata semangat agar mangsa bersabar diatas
musibah yang berlaku. Selain memberikan nasihat penting untuk membolehkan
mangsa memohon bantuan daripada kerajaan. |
|
|
|
Wahab telah diiringi oleh Dr.
Mustapha Nasir selaku Pengerusi JKKK Lingkudau Ranau. Dalam pertemuan itu,
Wahab telah menyampaikan bantuan wang ringgit sebanyak RM661.00 hasil
pungutan sekampung dan beberapa beg pakaian yang disumbangkan oleh orang
ramai. Sebelum itu, beberapa individu turut menyampaikan sumbang peribadi
berupa wang ringgit dan pakaian termasuk daripada Ketua Kampung Lingkudau
Ranau Puan Laniam Biun dan ibu-ibu daripada kampung ini. |
Kepada sesiapa yang ingin menderma sila hantar ke akaun pengerusi di CIMB Bank no 10050072415529. Selepas itu sila sms ke no hp pengerusi di nombor 012 866-0187 untuk memaklumkan derma tersebut. Nama penderma akan disiarkan di laman web ini. Pungutan berkuatkuasa dari 14 Jun 2008 – 21 Jun 2008 sahaja.