Jawatankuasa Sukan Dan Rekreasi JKKK Lingkudau Ranau

Senarai Pertandingan Acara Sukan

Disember Tahun 2007

 

Kepada Semua Penduduk Kampung Lingkudau dan Kaum Kerabat Warga Lingkudau

Ahli Jawatankuasa Sukan Dan Rekreasi JKKK Lingkudau akan menganjurkan acara sukan dalam senarai berikut. Sehubungan itu semua penduduk Kampung Lingkudau adalah dipelawa untuk menyertainya atau sekurang-kurangnya menghadiri dan memeriahkan acara tersebut.

 

 “Bersukan Untuk Kesihatan Dan Perpaduan”

 

1.         Futsal Sekolah Rendah   (Jam 9 pagi hingga 2 petang, 30 Disember 2007)

                Merebut “Jaguh Futsal Sekolah Rendah Lingkudau 2007”

 

            Peraturan :

               

A.                  Pemain mestilah tidak melebihi tahun / darjah enam pada tahun 2007.

B.                   Setiap pasukan bolelah mengandungi lelaki sahaja ataupun campuran lelaki dan perempuan ataupun perempuan sahaja. Walaubagaimanapun pertandingan akan dijalankan dengan menemukan setiap pasukan untuk mencari Juara Futsal Lingkudau 2007.

C.                   Pemain import boleh digunakan

D.                  Pasukan bolehlah menamakan pasukan mereka dengan apa sahaja nama.

 

 

2.                  Bolasepak Terbuka  

   (Jam 9 pagi hingga 2 petang, 30 Disember 2007)

Perlawanan ini akan merebut gelaran “Juwara Tanak Wagu Lingkudau do minbu’ul tohun 2007”

 

Peraturan:

 

A.                  Full Team, 11 orang.

B.                   Lelaki sahaja ataupun campuran ataupun perempuan sahaja. Walaubagaimanapun pertandingan akan dijalankan dengan menemukan setiap pasukan untuk mencari Jaguan Bolasepak Lingkudau 2007.

C.                   Pemain luar yang asalnya adalah keluarga Lingkudau boleh digunakan Pasukan bolehlah menamakan pasukan mereka dengan apa sahaja nama.

D.                  Jika sekiranya jumlah pemain tidak mencukupi bagi setiap pasukan, maka rombakan akan dibuat untuk memilih secara rambang pemain yang akan mewakili pasukan baru.

E.                   Hanya lima pasukan terawal akan diterima pendaftaran pada jam 9 pagi.

 

 

3.                    Perlawanan Bolasepak  Bujang Lawan Kawin 2007  

               (Jam 2 petang hingga 4 petang, 30 Disember 2007)

Perlawanan ini akan merebut gelaran “Jaguan minbu’ul  do tohun 2007”

 

Peraturan:

 

4.        Perlawanan ini adalah diantara Pasukan Bujang Lingkudau dengan Pasukan Bapa-Bapa Lingkudau.

5.        Pemain akan diambil daripada pasukan Bolasepak Terbuka (no 3 diatas), walaubagaimanapun pemain import boleh diterima.

NOTA:            Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Pekan Ranau pada 30 Disember 2007.

                                Sila bawa air minum / makanan sendiri.

 

Jika ada pemain yang belum mempunyai team / pasukan pun boleh datang pada masa tersebut dan menyertai mana-mana pasukan yang telah tersedia, ataupun membentuk pasukan baru pada masa tersebut

 

HP AJK SUKAN 013-875-1090,   hp Pengerusi JKKK Lingkudau 012-866-0187 dan 088-872-725

WEBSITE: www.Lingkudau.Net     E-MAIL: pengerusi@Lingkudau.Net

 

Bersukan Untuk Kesihatan Dan Perpaduan