Perniagaan Di Kampung Lingkudau Ranau dan Sumber Pendapatan

Muka 1/2

Klik Muka 2

BLOG Artikel Ini: Apa pendapat anda

 

IMG_0098

 

Perangkaan 2007 JKKK Lingkudau menunjukan kampung ini mempunyai penduduk seramai 1081 orang. Terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Pelbagai usaha dibuat oleh penduduk untuk memajukan ekonomi masing-masing. Antaranya ialah membuka perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit dan gerai makanan.

 

 

 

KIRI: Gerai Makanan di persimpangan jalan Pejabat Yayasan Sabah-SUIS Ranau

STATUS: Aktiv pada 5 Nov 2008

PEMILIK: Azry Husni B Jasni dijalankan oleh Aqrie b Salleh, cucu kepada En Abd Ghani Ahmad.

KEMASKINI: 7 November 2008

 

CATATAN : …… (sedang mengemaskini maklumat pendapatan)

 

 

 

 

 

 

KIRI: Gerai dan kedai runcit milik ketua kampung yang diusahakan bersama Puan Saniah.

STATISTIK : Berupaya menjana pendapatan sampingan diantara RM10-RM70 sehari

 

 

KANAN: Kedai runcit milik Encik Khairuddin Maradan seorang pesara guru.

STATISTIK: Berupaya menjana pendapatan harian sebanyak RM10-RM50 sehari

STATUS : Masih aktif berniaga

(Kemaskini 4 Nov 2008)

 

KIRI: Kedai runcit Rita yang disewakan kepada Puan Marshella Orow

STATISTIK: Berupaya menjana pendapatan harian RM20-RM70 sehari

STATUS: Masih aktif berniaga.

 

CATATAN: Puan Marshella mempunyai empat orang anak. Seorang daripadanya telah berkahwin dan tiga lagi masih bersekolah di IPTA / IPTS. Dengan pendapatan runcit ini, beliau menyekolahkan anak-anak beliau.

 

(Kemaskini 4 Nov 2008)

 

KIRI: Kedai runcit dan Gerai Makanan dengan nama Gerai Selera Jasrah, diusahakan oleh adik beradik Asley bin Kasim.

STATISTIK: Berupaya menjana pendapatan harian RM20-RM90 sehari

STATUS: Maih Aktif Berniaga

 

CATATAN: Gerai Jasrah terletak besebelahan dengan Balai Raya Lingkudau. Menjual barnaan runcit dan gerai makanan.

(Kemaskini 4 Nov 2008)