Hikayat Balairaya menjadi Mini Dewan
|
Yang Baru |
Yang Lama |
|
|
Alkisah seribu hikayat, diriwayatkan kononnya Kampung Lingkudau Ranau suatu masa dahulu menjadi glammer kerana telah dianugerahkan dengan pembinaan balairaya yang menjadi kebangaan. Apa tidaknya kalau balairaya tersebut merupakan yang pertama didirikan oleh pemerintah di daerah ini. Demikianlah dihikayatkan oleh sang penglipur lara dari generasi ke generasi. Sama seperti makhluk-makhluk lain di dunia ini, balairaya “glammer” itu pun makin lama makin dimamah usia. Maka timbullah idea dikalangan orang ramai untuk memohon pembinaan balairaya baru. Tetapi hasrat itu sukar dilaksanakan oleh pemerintah kerana didapati bahawa tanah yang didirikan balairaya glemmer itu rupanya telah dimiliki oleh orang. Maka mulalah penduduk kampung ini merapu-rapu bersilang kata, membebel mengungkai kata memohon agar sang pemilik tanah ini mengembalikan tanah tersebut untuk kegunaan ramai, tetapi hasrat orang ramai ini tidak kecapaian kerana tiada sebarang kata sepakat dapat dicapai oleh sang pemilik tanah yang tidak pun fana. Pun demikian orang kampung ini tetap bersabar dan menganggap ini sebagai suatu cubaan, maka tidaklah mereka gaduh bergaduh. Berkat kesabaran ini maka “Sang Pencipta” telah menganugerahkan ilham kepada seorang budiman agar mewakafkan tanahnya sebagai ganti tapak balairaya yang baru. 1 |
|
Maka setelah kepuasan manusia-manusia di Kampung Lingkudau Ranau menanti balairaya baru maka “Sang Pencipta” telah menurunkan ilhamkan ke hati seorang “hero of the day” yang tanpa segan silu menyampaikan hasrat orang kampung ingin merasa berselingkuh di balairaya baru kepada pemerintah. Bak kata orang tua-tua, “indah bahasa kerana tulisan, indah kata-kata kerana akal” Maka sekali diucapkan kata-kata indah, maka sekali itu juga sang pemerintah bersetuju. Diceriterakan kononnya penduduk kampung ini senyum lebar, walaupun tidaklah selebar daun pandan tetapi rata-ratanya gembira dengan berita yang disampaikan oleh pemerintah perihal akan berdirilah sebuah balairaya baru, bahkan senyuman orang kampung semakin lebar apabila dikhabarkan bahawa bukan setakat balairaya yang akan dibina, bahkan sebuah mini dewan. Sang hikayat menceritakan senyuman orang kampung ini tidaklah sampai ketelinga kerana ganjil dan belum pernahpun wujud senyuman seumpama itu di planet ini, tetapi tidaklah dinafikan kalau ada sekiranya orang kampung yang sampai mengigau-igau terbawa ke per”adu”an. Yalah siapa mau mengaku ya tak? 2 |
Maka setelah diuruskan segala keperluan dan aturan berkaitan wang ringgit dan hal-hal berkaitan yang perlu, maka pada hari ke-16 dalam bulan kesepuluh 2008 menurut tahun masihi mulalah sekumpulan tukang-tukang bangunan yang terror dan campion bertukang dan bertukul di tanah “budiman”. Kalau dahulu kala tukang bangunan menggunakan pasak dan kayu, maka tukang yang mendirikan mini dewan ini lebih terror dan sakti kerana kepandaian menundukan besi dengan menyambungkan sebatang besi dengan besi lain. Walhal besi yang digunakan itu teramatlah berat untuk dipikul oleh badang hatta gajah sekalipun pasti berada dalam keadaan parah jika ditindih oleh besi ini. Belum cukup digunakan besi sebagai tulang belulang dewan ini, maka si tukang-tukang pun menggunakan lagi kesaktian lain apabila mencampurkan pasir dengan batu, air dan serbuk sakti kemudiannya diratakan pada lantai sehingga menjadi batu. Kesaktian si tukang-tukang bukan itu sahaja, bahkan mengatur batu bata sebagai dinding setinggi gajah borneo, disambung pula dengan dinding besi setebal daun nipah dan setinggi pokok pinang. Akan perihal kepandaian “si tukang-tukang” ini, hanyalah dianggap biasa sahaja pada “zaman besi terbang”. Kononnya kalaulah ada kepandaian seumpama ini pada “zaman berkaki ayam” pasti si tukang-tukang ini dianggap “terror dan glamour” dan tidak mustahil mendapat sebarang anugerah daripada pemerintah zaman itu. 3 |
|
ISTILAH: “Sang Pencipta” = Rabbul A’lamin “Hero Of The Day” = En Jasni Abdul Ghani “Budiman” = Hajah Bainun Gintua Dan Keluarga “Si Tukang-Tukang”= Pasukan Kerja Kontraktor KLIK GAMBAR-GAMBAR KLIK Balai Raya Pertama Di Ranau KLIK Sekitar
Perasmian Mesyuarat Agung kali Pertama Persatuan Pengusaha Kereta Sewa UNSER
dan Land Cruiser Daerah Ranau, 22/3/2009 Persatuan UNSER dan Land Cruiser merupakan yang pertama menggunakan dewan ini |
Yang aneh bagi si tukang-tukang ialah tiadalah sebarang jampi serapah atau asap kemayan digunakan untuk menundukan besi dan batu, bahkan hanyalah ilmu pengetahuan dan akal fikiran serta kudrat kaki tangan sahaja. Berkat kepandaian si tukang tukang, maka pada hari ke-19 bulan ke tiga tahun 2009 menurut kiraan masihi, maka selesailah semua kerja pembangunan di mini dewan ini. 4 |