Prosedur / Cara
Menguatkuasakan Undang-Undang Binatang Ternakan Yang Didapati Menceroboh
Kawasan Rumah Atau Kebun Atau Ladang Penduduk Kampung Lingkudau Ranau
1. Kawasan Pertanian atau Kawasan Rumah Penduduk Dicerobohi Lambu / Kerbau (Selepas ini tuan tanah dipanggil sebagai “Pemilik Kawsan”)
2. Pemilik kawasan menangkap lembu / kerbau tersebut.
3. Pemilik kawasan membuat laporan secara bertulis kepada:
PERTAMA : Ketua Kampung KLIK Borang aduan (BORANG A)
KEDUA : Laporan bertulis kepada Balai Polis Ranau, salinan mestilah diberikan kepada Ketua Kampung.
4. Pemilik kawasan mempamerkan salinan laporan bertulis (BORANG A) di setiap kawasan strategik yang dipilih (seperti perhentian bas atau kantin dalam kawasan Lingkudau)
5. Jika ada pemilik yang tampil, maka bicara peringkat kampong yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung akan diadakan untuk menuntut ganti rugi yang sewajarnya.
6. Jika tiada pemilik yang tampil membuat tuntutan dan dalam tempoh yang dipersetujui oleh Ketua Kampung, maka binatang ternakan tersebut bolehlah dijual oleh pemilik kawasan untuk tujuan ganti rugi.
Dipamerkan bermula 30 Oktober 2008
SK: Balai Polis Ranau