Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

(JKKK Kg. Lingkudau)

Jalan Masjid Lama, Peti Surat 420, 89307 Ranau, Sabah

E-mail pengerusi @Lingkudau.net  Website : www. Lingkudau.net

Tel 088-872-725  FAX  088-878-748  HP 012-866-0187

 

(Unit Kebudayaan JKKK Lingkudau Ranau)

 

 

Tarikh  : 30 Mac 2008      (Senarai Kedatangan , Sila lihat lampiran)

 

Mesyuarat

Pembentukan Jawatankuasa Sambutan Kaamatan 2008 Kampung Lingkudau Ranau.

 

Ucapan pembukaan pengerusi:

 

Selain mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hadirin, pengerusi meminta agar Jawatankuasa Sambutan Kaamatan Lingkudau 2008 memanafatkan sepenuhnya  bulan kaamatan ini sebagai salah satu kaedah menyatu padukan penduduk kampong ini. Ianya boleh dicapai dengan melibatkan seramai mungkin penduduk kampong dalam setiap acara yang diadakan. Sebab itulah tempoh masa yang lama diambil untuk merayakan kaamatan ini iaitu untuk member peluang penduduk kampong terlibat dan kenal mengenal antara satu sama lain.

 

Beliau juga meminta agar perbezaan ideologi politik dan etnik diketepikan dalam  menyambut kaamatan ini. Walaubagaimanapun penarapan nilai-nilai moral dan murni tidak seharusnya diketepikan.

 

Pengerusi juga meminta agar pelbagai acara sukan berbentuk sukanika diadakan bertujuan menyatu padukan dan memberi peluang kepada mana-mana individu yang tidak dapat menghadiri sesuatu acara, tetapi berpeluang menyertai acara lain yang  diadakan di masa berlainan. Oleh itu beliau mencadangkan agar aktiviti berkaitan diadakan  pada setiap hujung minggu.

 

Hal hadiah kemenangan tidak perlu dirisaukan kerana tidak semestinya sesuatu acara tersebut  mesti mempunyai hadiah. Berdasarkan pada pengalaman lalu,  semua acara tidak disediakan sebarang hadiah kemenangan. Hanya gelaran juara sahaja disediakan. Walaubagaimanapun akhirnya hadiah dapat juga disediakan setelah mendapat penajaan  daripada individu tertentu.

 

Jadi ada baiknya pelbagai acara sukanika diadakan dengan konsep “Merebut Gelaran Juara” dan hadiah hanya ada jika ada penaja.

 

AGENDA 1: Pembentukan Jawatankuasa Sambutan Kaamatan 2008 Kampung Lingkudau Ranau.

 

Penasihat 1 :                Ketua Kampung

Penasihat 2.                 Pengerusi JKKK Lingkudau

 

Pengerusi

Haji Amran Munthu

 

Tim. Pengerusi (Lintuhun)

Sably Daikol

 

Tim. Pengerusi (Lingkudau Atas)

Winnifred Gabindo

 

Tim. Pengerusi (Kws Lintuhun-Udin)

Adam Duli

 

Tim. Pengerusi (Kws Puru-Puru)

Colesta Sigam

 

Setiausaha

Awa Abd Liel B. Haji Abd Hamid

 

Ketua Bandahari

Kamin B Raiman

 

Tim. Bandahari

Liamah Bte Ikon

 

 

 

Jawatankuasa           

1. Jini  Mengoyo                                                         2.Ramlah Bt Yaakub

3. Marmah Mamat                                                       4.Hasnah Bt Godos

5. Junion Mengoyo B. TSP Hj Abd Ghani                 6. Yapi

7. Lidi Sami                                                                8. Razeligh Keriki

 

Agenda 3.

Penetapan Tarikh Sambutan dan Penutupan Perayaan Kaamatan Lingkudau 2008.

 

Tarikh Mula Perayaan Kaamatan Lingkudau 2008 pada 3 Mei 2008 bermula dikawasan Lintuhun. Mesyuarat sebulat suara menyerahkan kepada Encik Sabli Daikol untuk membentuk jawatankuasa kecil acara perasmian Kaamatan Lingkudau 2008.

 

Tarikh Penutupan Kaamatan 2008 ialah pada 7 Jun 2008 bertempat di Lingkudau Atas.

 

Agenda 4.

Sumber Kewangan

 

Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar setiap rumah di Lingkudau menderma sekurang-kurangnya RM10.00 (Sepuluh Ringgit) untuk tujuan kewangan.

 

Pungutan Derma turut boleh dilakukan keatas mana-mana pihak yang difikirkan perlu seperti taukeh-taukeh kedai yang memiliki tanah di Lingkudau ataupun para kontraktor dan juga orang yang dianggap “berkedudukan”.

 

 

Sumber Kewangan. Setiap rumah diminta menderma sekurang-kurangnya RM10.00 dan amat dialu-alukan untuk menderma lebih. 

Sumbangan daripada pihak lain seperti parti politik dan orang perseorangan seperti kontraktor dan juga peniaga-peniaga dan pemilik tanah di Lingkudau turut dialu-alukan .

 

Setiap derma yang diterima  akan dikeluarkan rasit penerimaan dan direkodkan dalam buku rekod penerimaan untuk rujukan masa hadapan.

 

Hal-Hal Lain

 

Ketua Kampung mencadangkan agar tanah Pejabat Yayasan Sabah Ranau digunakan sebagai lokasi penutupan Kaamatan 2008 Lingkudau.

 

Ustaz Ratib mencadangkan agar setiap acara yang diadakan agar tidak menyimpang jauh daripada nilai murni.

 

Puan Ramlah bertanya penyampaian  beberapa hadiah kemenangan yang belum disampaikan sepanjang 2007.

 

            Pengerusi menerangkan bahawa beberapa hadiah kemenangan belum dapat disampaikan termasuk Larian Merdeka 2007 dan Pesta Sukan Hujung Tahun 2007 kerana masa yang  sesuai belum dapat dijadualkan. Ianya akan disampaikan semasa Sambutan Kaamatan Lingkudau 2008.  Walaubagaimanapun markah kemenangan tersebut tidak akan dikira dalam merit untuk memilih Olaharagawati / Olahragawan Kaamatan 2008.

 

Acara sambutan seperti acara sukan dan lain-lain akan dibincangkan pada mesyuarat kedua pada tarikh 4 April 2008 jam 4 petang bertempat di Kantin Mariah, Simpang Tiga Pejabat Yayasan Sabah.

 

Dicatat oleh Azwan Salleh, pembantu Setiausaha Lingkudau

 

Disahkan Oleh                                                                        Disokong Oleh